Perutusan Hari Malaysia 2026: Menyemai Perpaduan, Menikmati Kesejahteraan Bersama
UMAM Admin
UMAM Staff
16 September memperingati detik bersejarah penyatuan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak dalam membentuk sebuah persekutuan yang berdaulat. Menghayati tema “Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati”, Hari Malaysia 2026 menjadi medan muhasabah untuk menghargai nikmat kepelbagaian budaya, kestabilan sosial, dan kemakmuran yang dikecapi bersama.
Sebagai institusi pendidikan tinggi yang berteraskan nilai integriti, ilmu, dan keharmonian ummah, Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) terus komited melahirkan modal insan berdaya saing serta memperkukuh integrasi nasional merentasi sempadan geografi dan latar belakang.
Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor, Pengurusan Eksekutif, serta seluruh warga UMAM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga ikatan muhibah dan perpaduan yang terbina kekal utuh demi masa depan negara yang lebih gemilang.
Latest News
Sep 28, 2026
Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) continues to strengthen international academic networks and foster impactful research collaborations across borders.
Sep 28, 2026
Naib Canselor UMAM iringi Lawatan Timbalan Duta Besar Indonesia & Konsul Jenderal Penang ke Kampung Warna-Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis, Malaysia bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)
Sep 28, 2026
MENDAMPINGI DUTA BESAR REPUBLIK INDONESIA DALAM MAJLIS MENGADAP DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERLIS
Stay Updated
Subscribe to our newsletter for the latest library news and events.