SETULUS PENGHARGAAN BUAT UMSU
UMAM Admin
UMAM Staff
SETULUS PENGHARGAAN BUAT UMSU
Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU) atas kesudian menjadi tuan rumah serta atas sambutan, keramahan dan komitmen yang diberikan dalam Mesyuarat Penyelarasan Persiapan Istiadat Pemasyhuran Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Raja Muda Perlis sebagai Konselor UMAM.

Mesyuarat ini turut disertai YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin bin Hussin, Timbalan Pengerusi BOG UMAM serta pimpinan utama kedua-dua institusi, iaitu Prof. Dr. Akrim, M.Pd., Rektor UMSU dan Dr. Saidul Amin, Naib Canselor UMAM.

Pertemuan ini menjadi platform penting bagi UMAM dan UMSU menyelaras persiapan, protokol, peranan serta keperluan logistik bagi memastikan Istiadat Pemasyhuran yang bakal berlangsung pada 14 September 2026 di Medan, Sumatera Utara dapat dilaksanakan dengan lancar, tertib dan penuh bermakna.

UMAM amat menghargai kesediaan UMSU sebagai tuan rumah serta komitmen bersama dalam memastikan persiapan bagi detik bersejarah ini berjalan sebaiknya.
Semoga segala persiapan dipermudahkan dan Istiadat Pemasyhuran pada 14 September 2026 nanti menjadi satu lagi detik bermakna dalam memperkukuh ukhuwah, silaturahim dan kerjasama Muhammadiyah Malaysia–Indonesia.

UMAM 🤝 UMSU
#UMAM #UniversitiMuhammadiyahMalaysia #UMSU
Latest News
Aug 21, 2026
Pre Ph. D Coaching UMAM - Politeknik Caltex Riau
Aug 20, 2026
Pre Ph. D Coaching UMAM - Institut Teknologi dan Bisnis (ITB) Riau Pesisir
Jun 06, 2026
Sempena Ulang Tahun Keputeraan Yang Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan Perlis Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid
Stay Updated
Subscribe to our newsletter for the latest library news and events.