UMAM dan Politeknik Caltex Riau Teroka Kerjasama Strategik dalam Penyelidikan, Penerbitan dan Pertukaran Akademik
UMAM Admin
UMAM Staff
Riau, 3 September 2026 – Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) meneruskan usaha memperluas jaringan kerjasama akademik dan institusi di peringkat antarabangsa melalui Courtesy Visit & Strategic Collaboration ke Politeknik Caltex Riau (PCR), Indonesia, pada 3 September 2026.
Kunjungan tersebut diketuai oleh Prof. Emeritus Dr. Rushami Zien Yusoff, Deputy Vice Chancellor, Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) dan disambut oleh Dr. Erwin Setyo Nugroho, S.T., M.Eng., Direktur Politeknik Caltex Riau bersama barisan pengurusan dan wakil akademik PCR.
Kunjungan hormat ini menjadi platform penting bagi kedua-dua institusi untuk memperkenalkan potensi dan kekuatan masing-masing, di samping membincangkan peluang membangunkan kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada warga akademik, penyelidik dan pelajar UMAM serta PCR.

Dalam sesi perbincangan, kedua-dua pihak turut meneroka beberapa bidang kerjasama yang berpotensi untuk dilaksanakan secara bersama, khususnya dalam aspek penyelidikan dan penerbitan akademik (research and publication). Kerjasama ini diharapkan dapat membuka ruang kepada pensyarah dan penyelidik daripada kedua-dua institusi untuk menghasilkan penyelidikan bersama, berkongsi kepakaran serta menerbitkan hasil kajian dalam jurnal akademik yang berimpak.
Selain itu, perbincangan turut memberi penekanan kepada pertukaran pengetahuan dan kepakaran (knowledge exchange) sebagai salah satu mekanisme untuk memperkukuh pembangunan akademik dan profesional. Melalui perkongsian pengalaman, amalan terbaik serta kepakaran dalam bidang masing-masing, UMAM dan PCR berpotensi membangunkan inisiatif akademik yang lebih inovatif dan relevan dengan keperluan semasa.
Aspek pertukaran pensyarah dan tenaga akademik turut menjadi antara perkara yang dibincangkan. Inisiatif ini berpotensi dilaksanakan melalui program seperti academic exchange, guest lecture, visiting lecturer, seminar, webinar, bengkel serta perkongsian kepakaran antara kedua-dua institusi. Pertukaran tersebut bukan sahaja dapat memperkayakan pengalaman akademik para pensyarah, malah dapat mewujudkan jaringan profesional dan kolaborasi penyelidikan yang lebih kukuh.
Perbincangan strategik antara UMAM dan PCR juga mencerminkan komitmen kedua-dua institusi dalam membina hubungan akademik yang lebih luas merentasi sempadan negara. Kerjasama yang dirancang diharapkan tidak hanya tertumpu kepada hubungan institusi, tetapi turut menghasilkan program dan aktiviti akademik yang berimpak serta berterusan.

Melalui kunjungan ini, UMAM dan Politeknik Caltex Riau optimis untuk meneruskan perbincangan ke arah merealisasikan bentuk kerjasama yang lebih konkrit pada masa akan datang, termasuk peluang penyelidikan bersama, penerbitan bersama, perkongsian ilmu, pertukaran pensyarah serta pelaksanaan aktiviti akademik secara bersama.
Kunjungan hormat ini sekali gus menjadi satu langkah positif dalam memperkukuh hubungan antara Universiti Muhammadiyah Malaysia dan Politeknik Caltex Riau, selaras dengan aspirasi kedua-dua institusi untuk memperluas jaringan akademik dan meningkatkan sumbangan kepada pembangunan ilmu di peringkat serantau dan antarabangsa.
Latest News
Sep 07, 2026
Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) Invites Academics and Researchers to Join ICO-NUSA 2026
Sep 02, 2026
Admission Open for 2 New Postgraduate Programs at Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) – April 2027 Intake
Aug 31, 2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69 DARIPADA WARGA UMAM
Stay Updated
Subscribe to our newsletter for the latest library news and events.