+60 49462472 ext 317
Home News UMAM PERKUKUH KERJASAMA AKADEMIK ANTARABANGSA - Suan Sunandha Rajabhat University (SSRU) Thailand dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Back to News
News
Aug 26, 2026

UMAM PERKUKUH KERJASAMA AKADEMIK ANTARABANGSA - Suan Sunandha Rajabhat University (SSRU) Thailand dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

U

UMAM Admin

UMAM Staff

UMAM PERKUKUH KERJASAMA AKADEMIK ANTARABANGSA - Suan Sunandha Rajabhat University (SSRU) Thailand dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

UMAM PERKUKUH KERJASAMA AKADEMIK ANTARABANGSA

Bangkok, Thailand | 24 Ogos 2026 — Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) terus memperkukuh jaringan kerjasama akademik antarabangsa melalui penyertaan dalam Academic Collaboration Meeting bersama Suan Sunandha Rajabhat University (SSRU), Thailand dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Delegasi UMAM diketuai oleh Professor Dr. Zaini Abdullah, Dekan Fakulti Pengurusan, Perniagaan dan Teknologi Maklumat (FBIT) UMAM, yang turut menyampaikan pembentangan ringkas mengenai UMAM serta menyertai perbincangan strategik berkaitan peluang kerjasama akademik dan penyelidikan.

Pertemuan ini turut melibatkan Professor Dr. Mohd Rizaimy Shaharudin dari UiTM, serta wakil kepimpinan SSRU termasuk Assoc. Prof. Dr. Ruedej Kerdwichai, Chairman of the Board and President of SSRU, dan Assoc. Prof. Dr. Chanicha Moryadee, Dean of College of Logistics and Supply Chain, SSRU.

Perbincangan memberi tumpuan kepada pertukaran pelajar, penerbitan penyelidikan bersama, visiting professor, joint research, serta pembentukan kerjasama tiga hala SSRU–UiTM–UMAM, di samping penerokaan peluang pemeteraian Memorandum of Understanding (MOU) antara institusi.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen UMAM dalam memperluas jaringan strategik antarabangsa dan membina platform kolaborasi yang memberi nilai tambah kepada pembangunan akademik, penyelidikan serta mobiliti warga universiti.

#UMAM #UniversitiMuhammadiyahMalaysia #InternationalCollaboration #AcademicPartnership #SSRU #UiTM #GlobalPartnership #ResearchCollaboration