UMAM PERKUKUH KERJASAMA AKADEMIK BERSAMA ITB RIAU PESISIR
UMAM Admin
UMAM Staff
DUMAI, RIAU, INDONESIA, 31 Ogos 2026 – Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) terus memperluas jaringan akademik serantau menerusi kerjasama strategik bersama Institut Teknologi dan Bisnis (ITB) Riau Pesisir, Indonesia.
Kerjasama tersebut dimeterai melalui Memorandum of Understanding (MoU) yang membuka ruang kolaborasi dalam bidang akademik, penyelidikan, pembangunan kepakaran dan pengantarabangsaan pendidikan tinggi.

UMAM diwakili oleh Prof. Emeritus Dr. Rushami Zien Yusoff, Timbalan Naib Canselor UMAM, manakala ITB Riau Pesisir diwakili oleh Rektor Dra. Hj. Sirlyana, M.P. Majlis turut disaksikan oleh Dr. H. Sunaryo, Ketua Dewan Pembina, H. Ismail, S.H., Bendahara Badan Penyelenggara, serta barisan wakil rektor, ketua program studi dan para pensyarah ITB Riau Pesisir.
Majlis penandatanganan MoU yang berlangsung di Aula Kampus ITB Riau Pesisir turut disusuli dengan Program Pre-Ph.D Coaching yang disampaikan oleh Prof. Emeritus Dr. Rushami Zien Yusoff. Program ini memberi pendedahan dan bimbingan kepada para akademia dalam persediaan melanjutkan pengajian ke peringkat Ph.D., termasuk pembangunan cadangan penyelidikan dan persediaan akademik.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen UMAM dalam memperkukuh hubungan akademik Malaysia–Indonesia serta membina jaringan antarabangsa yang mampu memperkasa penyelidikan, pembangunan bakat dan kecemerlangan pendidikan tinggi.
UMAM berharap kerjasama bersama ITB Riau Pesisir ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif bersama yang memberi impak kepada warga akademik dan masyarakat kedua-dua negara.
Latest News
Sep 16, 2026
Perutusan Hari Malaysia 2026: Menyemai Perpaduan, Menikmati Kesejahteraan Bersama
Sep 07, 2026
UMAM dan Politeknik Caltex Riau Teroka Kerjasama Strategik dalam Penyelidikan, Penerbitan dan Pertukaran Akademik
Sep 07, 2026
Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) Invites Academics and Researchers to Join ICO-NUSA 2026
Stay Updated
Subscribe to our newsletter for the latest library news and events.